Friday, May 20, 2011

Inilah Aku

Nama aku Illiyana. Kawan2 aku biasa panggil aku dengan nama Lily ja sebab simple, senang dan yang paling penting sekali nama ini menawan sesuai dengan personaliti tuannya. Hobi aku sangat senang untuk dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Pada masa lapang, aku suka tidur, makan, menonton tv dan yang paling aku minat ialah baca komik cerita penyiasatan macam detektif conan. Sebelum tidur, aku suka berangan-angan nak kawin dengan orang kaya yang handsome. Aku ni masih lagi belajar dalam tingkatan 5 di salah sebuah sekolah elit di negeri kelahiran aku (nama sekolah di rahsiakan untuk tujuan privacy..hehehe) Aku ni nak kata pandai tuh xla jugak tapi nak kata bodoh tuh jauh sekali la. Jadi bole dikatakan aku ni dalam kategori yang "so so" ja la. Aku paling tak suka makan kek sebab manis sangat. Aku suka makan makanan yang ala2 sweet sour gitu. Apa yang istimewa pasal aku? Hmm jap aku fikir. Aku rasa tak ada apa yang istimewa pasal aku ni cuma aku ni merupakan seorang kawan yang baik. Bila aku mula berbaik dengan seseorang tu dialah sahabat dunia akhirat bagi aku. Susah senang sama2 aku galas. So, ramai yang suka kawan dengan aku dan ramai jugak la yang mengambil kesempatan pada aku yang agak innocent ni. Aku ni merupakan anak tunggal kepada Datuk Johari dengan Datin Mariam, jadi hidup aku kat rumah memang memboringkan. Selalu kena tinggal sorang2 kat rumah. Jadi aku mula berjinak-jinak mencari adik angkat kat sekolah. Hasilnya aku ada la seorang adik angkat yang baru form 1 kat sekolah aku ni. Nama adik angkat aku ni Suhana. Orangnya comel dan petah berkata-kata macam aku. Suhana ni ada seorang abang yang masih menuntut di UTM dalam bidang kejuruteraan kimia. Abang dia ni pandai dan handsome.Aku ni bole dikatakan sambil menyelam minum air la sebab dalam diam-diam aku ada menaruh hati dengan mamat tuh.(Shhhh...Ni rahsia tau..korang jangan hebohkan. Malu aku kalau Suhana or mamat tu tahu.Jadi korang tolong rahsiakan ek.)